← Semua program
Kursus Pembuatan Kek & Biskut
- Tarikh
- 18–19 Disember 2021
- Tempat
- CNW Jitra Manufacturing, Napoh, Jitra
- Penganjur / PIC
- WANIDA & PRITY

Kursus Pembuatan Kek & Biskut telah diadakan secara percuma pada 18–19 Disember 2021 di CNW Jitra Manufacturing, Taman Industri KEDA, Napoh, Jitra, Kedah.
Kursus ini dibuka kepada wanita B40 yang menetap di Kedah berumur 20 hingga 55 tahun. Peserta mempelajari:
- Pembuatan kek dan biskut bersama pengajar berpengalaman
- Cara menjual secara dalam talian
- Kemahiran pengurusan kewangan
Peserta turut menerima sijil penyertaan. Program ini dianjurkan bersama PRITY (Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Kedah).
